Wednesday, April 27, 2016

Tuah Rupa Mirip 2 Selebriti Terkenal Malaysia, Rezeki Datang Melimpah Ruah

 Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar

Masih ingat wanita yang pernah viral di laman sesawang sebulan yang lepas gara-gara rupa paras yang dimiliki menyerupai wajah Datuk Siti Nurhaliza, dan juga Neelofa? Nampaknya rezeki yang datang tidak putus-putus apabila wanita ini ditawar untuk menjadi model dan beberapa duta produk. Maisarah Raihan akui sejak berita tersebut viral di media sosial, ramai pihak yang berhubung dengannya berkenaan pekerjaan yang ditawarkan.

 "Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk,
Walau bagaimanapun, Maisarah masih lagi membuat keputusan untuk menerima mana-mana tawaran disebabkan dirinya masih lagi belajar di sebuah Universiti swasta dan mungkin akan menyukarkan keadaannya jika sudah terikat dengan komitmen kerja.

Maisarah juga sudah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu berkata segala tawaran yang diterima ditapis oleh suami dan seboleh-bolehnya tidak menyukai Maisarah terlalu menonjol di media sosial. 

No comments:

Post a Comment