Sunday, April 24, 2016

Janna Luah Di Twitter, Dah Letih Nak ‘Gaduh’ Dengan Ruhainies

COPY FROM "MYNEWSHUB"


SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak diva dan bertindak menghasut Micheal Ang untuk menukar Ruhainies yang sepatutnya menjadi peneraju utama dalam filem terbaharunya bertajuk Kimchi Untuk Awak.


Walau bagaimanapun, Janna Nick Tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui ada pihak yang cuba memburukkan nama dan imejnya dalam dunia hiburan.
Susulan itu, Ruhainies mengakui tidak mahu membesarkan perselisihan faham yang berlaku antara dia dan Janna kerana kehadirannya dalam dunia hiburan adalah untuk bekerja.
“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki,” demikian menurutnya.
Tambah Ruhainies, dia tidak mahu pergaduhannya dengan Janna jadi lebih teruk kerana yakin satu hari nanti akan digandingkan bersama Janna di bawah satu produksi yang sama.
Selain itu, Ruhainies memberitahu akan mendedahkan mesej peribadi yang dihantar oleh Janna kepadanya bila tiba masa yang sesuai.

Janna Nick Tak Matang, Ruhainies ‘Simpan’ Dahulu Mesej Diterimanya

SEBELUM ini, timbul gosip menyatakan Janna Nick telah menghasut pengarah Michael Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai watak utama dalam filem terbaharunya, Kimchi Untuk Awak.

Walaupun Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri selepas membuat kenyataan terbuka sudah memaafkan Janna, dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang.

“Saya tidak mahu mempunyai salah faham atau pergaduhan antara kami, jadi saya memilih untuk berdamai. Industri ini kecil, tidak mustahil kami akan digandingkan dalam produksi yang lain nanti.
“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki.
“Saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna memuat naik video di laman Instagram untuk menghina dan memburukkan nama saya. Michael Ang dan pelakon pengganti untuk saya dalam filem itu tahu kebenaran yang sebenar.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak membuat apa-apa serangan balas kepada Janna kerana tidak mahu mengikut emosi. Tetapi bila tiba masanya nanti, saya akan mengemukakan mesej yang dihantar oleh Janna kepada saya,” katanya. – 


Melihat kepada tindakan Ruhainies yang memberi hint akan mendedahkan mesej yang dihantar oleh Janna kepadanya, Janna telah meluahkan perasaan di akaun twitter dengan menyatakan dia tidak berminat untuk terjebak dalam pergaduhan tersebut kerana sudah letih.
Nampak macam Janna sudah takut kantoi kerana Ruhainies ada bukti terhadap apa yang didakwanya.
Tweet yang ditulis oleh Janna itu bagaimanapun mendapat perhatian dari pengikutnya di twitter dan rata-rata memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka itu.
Bagaimanapun, rasanya baik Ruhainies mahupun Janna nampak je cam ‘acah-acah’ tak nak panjangkan isu tapi kesudahannya ada sahaja komen atau kenyataan dikeluarkan sekaligus tak membantu meredakan isu antara kedua mereka, betul tak? –





No comments:

Post a Comment