Friday, April 22, 2016

Kerana Minat, Dato’ Aliff Syukri Beli Kucing Ini Dengan Harga RM30,000!


Kucing boleh dikatakan antara haiwan peliharaan paling digemari dan banyak ‘perangai’. Kadang-kadang bila tengah serabut atau tengah stress nampak kucing je terus sekejap masalah yang sedang difikirkan.
Mungkin sebab itu lah ada yang sanggup menghabiskan duit puluhan ribu ringgit demi memiliki kucing yang digemari. Kerana minat,  jutawan kosmestik Dato’ Aliff Syukri beli seekor kucing yang sangat ‘rare’ berharga RM30,000!

Sebulan order baru dapat

Sebaik memiliki kucing tersebut, Dato Aliff berkongsi video kucing tersebut di laman Instagram miliknya. Memang jarang nak jumpa kucing macam ni. Katanya lepas sebulan order baru dapat.
Rata-rata pengikutnya cuba meneka jenis kucing terbabit. Habis semua jenis kucing disebut. Kami pun tak pasti kucing jenis apa namun hasil carian google ianya mungkin spesies savannah cat yang cukup sukar ditemui. Padanlah mahal.

No comments:

Post a Comment