Tuesday, April 26, 2016

"Share Location" Punca Rumah Zaquan Adha Kena Rompak

Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Gara-gara rumah dipecah masuk, pemain bola sepak Malaysia , Zaquan Adha dan isteri seorang pelakon, Ayu Raudhah telah kerugian sebanyak RM200000. Menurut Zaquan, punca sebenar rumah mereka di rompak berpunca daripada beliau yang pernah kongsi lokasi rumah di applikasi Whatssap untuk mengumumkan majlis rumah terbuka yang akan diadakan oleh pasangan ini. Sejak daripasa itu, ramai orang orang yang tidak dikenali turut hadir ke majls rumah terbuka mereka.

" Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka.  Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai.  Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang.  Selain itu, rumah kami memang sudah ‘diperhatikan’.  Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja"

Keseluruhan kerugian adalah termasuk 15 beg tangan berjenama Dior, Prada, Louis Vuitton milik Ayu Raudhah dan juga jam tangan mewah jenama Rolex milik Zaquan Adha dilaporkan hilang pada hari kejadian

Walau bagaimanapun, semoga dugaan yang berlaku ini menjadi iktibar buat Zaquan dan sekeluarga. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pengajaran buat semua, jangan sesekali mudah berkongsi maklumat peribadi anda di laman sosial. Ingat, ada yang memerhati anda

No comments:

Post a Comment