Jika anda masih ingat, kecoh satu ketika dahulu apabila seorang Mak
Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami
kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya
Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial
media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu
dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.
Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD. Namun, baru-baru ini satu post beliau di laman Instagram telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau memberitahu bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.
Menurutnya, buat masa ini beliau memiliki dua orang anak angkat
lelaki dan perempuan. Beliau sungguh bersyukur kerana dilimpahkan dengan
rezeki yang banyak dari tuhan dan menyayangi anak-anak tersebut
walaupun mereka bukanlah anak kandungnya.
Sejarahku penuh liku liku kehidupan, dengan usia ku yang kini
mencecah 31tahun ini, aku amat bersyukur diberi rezeki yang halal dan
diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan
Muhammad Syahmi, walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,
tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak
pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi...
Beliau dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak.
Katanya, kelahirannya itu memberi kejutan kepada kakitangan hospital dan
terutama kedua-dua ibu bapanya kerana beliau dilahirkan dengan dua
jantina.
Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985. Ayahku
dahulu seorang tentera laut Malaysia (Navy) dan mak ku seorang pembantu
makmal. Aku dilahirkan di hospital lumut perak. Di situ bermula lah
sejarah ku bermula....pada jam 10.30 am aku dilahirkan.....dokter, nurse
dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku (sajat) mempunyai 2
kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat
apa..
Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya
dia lebih menyukai kerja-kerja seorang perempuan. Pada fikirannya itu
hanyalah perkara normal sehinggalah...
Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak
terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG
TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu
batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah
tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan
ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak
suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti
wanita...
Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2...
Tapi
time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk
sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan
keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak
nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku
cacat..
Disebabkan itu, beliau dikatakan telah mengalami kencing berdarah
dan penyakit batu karang kerana sering menahan membuang air kecil
Sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari
tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap, aku kena
batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn..
Kerana kerap tahan
kencing... Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang
normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG
NUR SAJAT
RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...
Setelah post itu dikongsi, ternyata ia mendapat begitu
banyak respon daripada netizen. Ada yang memberi komen positif tetapi
nampaknya lebih ramai yang mengecam. Antara komen yang diutarakan adalah
seperti berikut:
1. Semoga terus tabah
2. Dulu cakap ambil pil hormon?
3. Betul ke khunsa?
Sehingga kini, post tersebut juga telah menerima lebih dari seribu like dan beratus-ratus komen.
Jadi, apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment