Monday, April 25, 2016

Ayda Jebat Kini Dengan Radin ERA fm?

 Oleh Feyra Nasrom Sumber BH

Desas desus mengatakan Ayda Jebat kini rapat dengan penyampai radio ERA, iaitu Radin? Menerusi salah sebuah program hiburan di Malaysia, Ayda Jebat  mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seseorang. Latar belakang lelaki bertuah itu merupakan seorang penyampai radio. Tambahan, hubungan Ayda dan Radin juga kelihatan mesra dan seolah-olah bukan sekadar kawan. Walau bagaimanapun, Radin menafikan gossip tersebut dan hubungan bersama Ayda Jebat sekara teman biasa.
 
"Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami.
Radin akui dia selesa berkawan dengan Ayda disebabkan sikap Ayda yang periang dan ceria. Walaupun beberapa keping foto berdua sering dilihat menerusi akaun instagram Radin, namun ianya tidak mempunyai maksud apa-apa.

Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri.”

Apa pula kata Ayda Jebat? Buat masa sekarang, Ayda masih belum tampil memberi penjelasan. Jika benar mereka berdua sedang dalam proses mengenali hadi budi masing-masing, apa salahnya ya tak? Mana lah tahu, mungkin jodoh? elok lah tu, Radin single, Ayda jebat pun single. Tak salah kalau bercinta.  hehe

No comments:

Post a Comment