Berikut adalah tulisan suami berkenaan.
Assalamualaikum, nak tanya, Isteri saya asyik kata
penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya
yang bekerja.
Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan
hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap
penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la
dan macam-macam.
Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama
dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia
setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga
tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.
Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya
ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan
sarapan dia buat akan 'touching' bagai, "adoii, apa la kena dengan dia
ni, tak faham ke apa?"
Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila
tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi,
dia pula tak reti nak urus diri sendiri, "Urus anak pandai pulak kan?
urus diri sendiri tak boleh?"
Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu
bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya,
dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya
tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.
Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah
membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai
tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.
Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary,
beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan
pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga
orang anak.
Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.
Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai
ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan
selama 3 hari je.
Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau
tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3
hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn
anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli
barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari
masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.
Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas
rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang
tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan
masak untuk dinner.
Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab
uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis
nak susu anak menangis nak tukar lampin..
Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape
terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya.
Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan
adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak.
Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang
isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan
beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang
gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.
Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias,
kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya
jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido
insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja.
Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.
Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat
isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri
rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja.
Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali sepahnya
10 kali. Nak masak anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung.
Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak
berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut
sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru
boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak
mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak,
time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak
sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena
buat.
Lagi 1, dia merungut tu bukan ape, sebab dia nak
bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan nak dengar cerita dia.
Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia. Kalau suruh dia
pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya la...malam2 anak
nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik ni kadang2 2 jam
sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2 bergilir bangun. Agak2
bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dgn
anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi jaga...kot dia tertido anak
bertiga tu gaduh ke tak ke naya.
Fikir la encik...jangan pentingkan diri sendiri.
Lain kali nak isteri layan elok, family planning la. Bagi isteri rehat
sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak tak tau. Isteri penat
mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni, selagi tak umir 2 tahun,
selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak
rapat mcm tu...saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri
encik ni tak cukup tido. Penat encik...penat
Apapun, hargailah isteri kita, terima kekurangan dan
kelebihan, jika kekurangan itu boleh dibuah, didiklah dia kerana kita
ketua keluaga yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah
No comments:
Post a Comment