Wednesday, April 27, 2016

Tetap Beratur Walau Diasak, Lihat Bagaimana Wanita Ini Ajar Anak Berusaha & Bersyukur


Dengan kemunculan pelbagai teknologi yang serba canggih sekarang ini, ibubapa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak-anak kerana mereka mempunyai bahasa, nilai dan budayanya tersendiri.
Oleh itu, ibubapa hendaklah sedar betapa pentingnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semenjak kecil. Wanita ini membiarkan anaknya yang berusia 8 tahun berasak-asak membeli air selepas waktu sekolah, lihat apa yang anaknya dapat belajar selepas itu.

Budak sekolah ramai-ramai tengah berebut beli air twister orange RM1.

Nampak tak dalam gambar tu..cer teka budak2 sekolah tu tengah buat apa…sebenarnya budak2 sekolah ramai2 tu tengah berebut2 beli air twister orange + ice dlm cup harga seringgit je 1 cup. Cuaca panas2 sekarang, bijak abang kereta honda ni mengambil peluang untuk berniaga dlm masa yang sama membantu menghilangkan dahaga budak2 balik sekolah. salute! Tapi saya bukan nak cerita pasal tu..

Dah 15 minit Zarif belum selesai beli air. Orang makin ramai dan Zarif hilang dari pandangan.

Dalam ramai2 budak kat situ, ada terselit anak saya, Zarif Haikal kt tengah2 asakan budak2 yang lebih besar dan tinggi dari dia. Ini kali pertama Zarif minta izin dengan saya nak beli air. mungkin sebab dia tengok twister orange kot. Masa permulaan Zarif beratur, cuma ada 4-5 org budak je dkt situ..sehinggalah semakin ramai dan semakin tenggelam dia dari pandangan saya. budak beli air bersilih ganti. tapi zarif, belum selesai lagi. saya tengok jam da hampir 15minit. Dalam hati terdetik, perlu ke saya pergi dan tolong dia..tapi saya tak pergi..ini pengalaman pertama dia..saya mahu dia lalui sendiri dan belajar..tapi dalam hati saya berdoa, ya Allah permudahkan lah urusan anakku..adakan lah rezeki dia ya Allah..tanpa henti..hehe beli air je kan..

Tiba turn Zarif air dah habis. Zarif menahan air mata. Dia teringin sangat.

Masuk minit ke-20, saya ambil keputusan untuk turun dan pergi tengok..tengok je..owh, Zarif sudah ada di hadapan..Alhamdulillah bisik hati saya..Tiba2, abang honda cakap “maaf, air da habis dik” Allahu, hati saya sebak. Zarif menahan air mata..saya faham perasaan dia..sedih..kecewa..dia teringin sangat..mungkin dahaga sgt..dia usaha..tapi tak dapat..air je pun..bukan tak boleh beli lps ni..tapi saya tahu dia usaha..itu usaha dia..tapi tak dapat spt yg dia harapkan..pasti dia kecewa..
Masuk dalam kereta, saya pegang tangan dia kemas2.. saya usap rambut dia..air mata dia gugur dan menahan sedu..

Mama bangga dengan Zarif, anak mama sabar beratur walaupun orang lain potong Q.

“Zarif, mama banggaaaaaa sangat sangat dengan ayif. Dalam ramai2 budak yang beli air tu, anak mama sorang je yang beratur dan kekal beratur..walaupun orang potong q, orang tolak, orang berebut..ayif tak ikut sama berebut2..ayif tetap beratur..ayif sorang je..mashaAllah hebat..mama bangga sangat..bayangkan kalau sekecik2 peraturan spt beratur pun kita tak dapat nk buat, peraturan lain apa tah lagi..senang2 je kita langgar..tapi ayif berjaya..ayif berjaya buat..ayif tak ikut orang..mama bangga..mama yakin rezeki ayif lebih besar sebenarnya hari ni..terang saya dalam sebak..

Zarif dapat belajar bukan senang nak dapatkan sesuatu, dengan cara yang betul.

PERTAMA : ayif dapat belajar, bukan senang nak dapatkan sesuatu..kena usaha..selama ni, ayif mintak je dari mama..semua mama sediakan depan mata ayif..ayif tak tahu mcm mana susah mama usaha..tapi hari ni, ayif dpt belajar..bukan senang nak dapatkan sesuatu..kita buat cara yang betul tapi akan sentiasa ada org yg buat apa saja tak kira betul atau salah utk dapatkan apa yg dia nak..kalau kita tak kuat..kita akan ikut dia jugak sama2 buat yg tak betul..tapi Alhamdulillah ayif tak..Allah bagi ayif kuat..Allah bagi ayif sabar..Allahuakbar syukur sangat..

Kedua, rezeki bukan kita tentukan. Kena usaha, sabar & redha.

KEDUA : rezeki kita Allah yang tentukan. kalau Allah kata bukan rezeki kita, dah ada depan mata sekali pun, kita tak dapat.. kena sentiasa mohon pada Allah dan berbaik sangka dengan Allah sebab Allah je yg tahu apa yg baik dan buruk buat kita. masa bila yang terbaik buat kita. kena usaha, sabar dan redha.. kalau dapat ckp terima kasih Allah, Alhamdulillah.. kalau tak dapat pun ckp terima kasih Allah..jangan marah atau salahkan Allah..

Ketiga, Zarif belajar memahami apa itu syukur.

KETIGA : saya tanya, “ayif, kalau tetiba ayif nampak budak depan ayif yg dapat air yg last skali td dia minum sket je pastu dia buang je air tu, apa perasaan ayif? “ayif marah lah!” kata zarif. Haaa cuba ayif bayangkan, makanan ayif, air ayif selama ni kalau ayif tak nak da, tak sedap la, da kenyang la..pastu ayif buang je..agak2 kalau budak2 dkt palestine, syria tengok..dorang marah ayif tak? dorang nak makan tp xde makanan..kita ada makanan tp kita buang je..sama mcm air tadi..ayif nak air tu tp ayif tak dapat..kalau tngok budak lain buang je..ayif marah kan.. Zarif tunduk dan angguk..
Sepanjang pemanduan, kami berdua senyap dalam kereta. 10min selepas conversation tadi..Zarif bersuara.. “mama, ayif da paham da”. saya terpinga2.. “ayif paham apa?” .. ” ayif da paham apa maksud ‘SYUKUR’ .. lepas tu dia senyum semanis2 senyum dia bagi..senyum puas..senyum bangga..senyum gembira…Allah, tersentak hati saya..dia berfikir rupanya..anak 8tahun ini berfikir apa yg telah saya sampaikan pada dia..mashaAllah..saya peluk dia..Alhamdulillah, kan mama da ckp Allah bagi rezeki lebih besar utk ayif hari ni..Allah bagi rezeki belajar dan Allah bagi rezeki kefahaman..dia tersenyum gembira dan bangga..sampai saja di rumah, dia terus bukak peti sejuk..dahaga sangat agaknya..tengok2 eh, ada 2 botol besar orange twister..”mamaaaaaa…tengok ni!” ya Allah rezeki ayif..saya beli 2 hari lepas tapi lupa pulak ada kt rumah..huhu..

Hebatnya ya Allah, tarbiah melalui kehidupan sehari-hari.

Hebatnya Allah..maha hebat..tarbiah melalui kehidupan sehari2..melalui sesimple2 perkara..tetapi tarbiah Allah menusuk jauh ke dalam hati..Allahu..nak didik anak..mama pon dpt belajar sekali..pengalaman..tidak ada yang tidak berguna..Alhamdulillah..
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad! ‘Sesungguhnya Allah lah yang telah mencipta kamu semua dan telah mengadakan pada kamu Pendengaran (telinga) dan Penglihatan (mata) serta hati (untuk kamu mencari dan bersyukur kepada Nya); Malangnya! Amat sedikit sekali kamu bersyukur pada Nya.(23)-Surah Al-Mulk.
sumber : Nadia Noordin

Tuah Rupa Mirip 2 Selebriti Terkenal Malaysia, Rezeki Datang Melimpah Ruah

 Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar

Masih ingat wanita yang pernah viral di laman sesawang sebulan yang lepas gara-gara rupa paras yang dimiliki menyerupai wajah Datuk Siti Nurhaliza, dan juga Neelofa? Nampaknya rezeki yang datang tidak putus-putus apabila wanita ini ditawar untuk menjadi model dan beberapa duta produk. Maisarah Raihan akui sejak berita tersebut viral di media sosial, ramai pihak yang berhubung dengannya berkenaan pekerjaan yang ditawarkan.

 "Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk,
Walau bagaimanapun, Maisarah masih lagi membuat keputusan untuk menerima mana-mana tawaran disebabkan dirinya masih lagi belajar di sebuah Universiti swasta dan mungkin akan menyukarkan keadaannya jika sudah terikat dengan komitmen kerja.

Maisarah juga sudah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu berkata segala tawaran yang diterima ditapis oleh suami dan seboleh-bolehnya tidak menyukai Maisarah terlalu menonjol di media sosial. 

Kerana Bersikap Terlalu Baik, Lelaki Ini Serik Bila Ditipu Rakyat Malaysia Sendiri Di UK

Tak kiralah ke benua mana pun kita pergi, adab dan tatasusila adalah salah satu elemen yang perlu dititikberatkan. Ini kerana penting bagi kita menghormati negara lain dan sebagai tanda jati diri rakyat Malaysia itu sendiri yang penuh dengan adab ketimuran. Seperti pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
Namun, oleh kerana sikap segelintir rakyat Malaysia yang ‘unik’, pemuda ini kongsi pengalamannya dikelentong orang Malaysia sendiri yang berkunjung ke UK. Sabar jelah.

Di UK, ‘aggreement’ cukup dengan janji mulut sahaja, beli barang money back guarantee.

Kau tahu.
Di UK ‘agreement’ cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut je pada majikan kau tak boleh datang ofis. Email pun boleh. Tak payah MC.
Kalau kau beli baju, ko dah pakai tapi lepas tu rasa tak suka. Baju boleh pulangkan, ganti lain atau minta semula duit. Money back guarantee. Diorg tak banyak songeh. Siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai.

Senang cakap, apa yang dia janji itulah yang dia buat. Tak payah susah agreement, surat akuan sebagainya. Integriti tinggi. Mereka hargai orang yang berpegang pada kata. Kata-kata itu satu janji. Boleh dipegang.

Tapi, orang Malaysia datang sini buat perangai kurang adab.

Tapi kau tahu.
Ada juga orang Malaysia datang sini yang buat perangai kurang adab.
Ada Malaysian datang London beli backpack. Lepas 2 minggu pakai sebelum terbang balik KL, singgah kedai tu pulangkan backpack kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru free, duit pun dapat balik.
Kat sini beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iphone cabut balik Malaysia. Dapat phone free.

Aku kena kelentong dengan orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap seperti orang UK.

Dan hari ini tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas berjanji beriya, tak muncul. Hubungi tak dapat, reply pun tidak. Haram nak bagitau tak jadi datang.
Aku rasa kena game dengan Malaysian kat UK. Ironi, aku kena kelentong bukan dengan orang UK. Aku kena dengan orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK.

Aku lupa Malaysian ni ‘unik’.

Aku yang silap. Aku lupa. Malaysian ni ‘unik’. Kalau di UK, orang tak langgar kau, tapi orang minta maaf. Kat Malaysia, dia langgar tapi kau pulak kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Ini sebab aku ‘sayang’ Malaysia ketat-ketat. Sinikal.
Bukan semua Malaysian macam ni. Tapi korang pernah tak jumpa Malaysian kat luar negara buat macam ni ? Malu ah. Abuse system negara orang. Aku nak tampar je tapi hati aku tisu. Doa ajerlah yang mampu.
Catatan oleh Irwan Dahnil
Si muka ketat tapi menawan
Glasgow, Scotland

Nota : Artikel ini boleh di SHARE jika bermanfaat. Hormati harta intelek, jauhi Copy & Paste.
sumber :  facebook Irwan Dahnil

Berdosa Jika Tolak Vaksin Punca Anak Kena Penyakit? Doktor Ini Beri Penjelasan Lanjut…


Di akhbar Berita Harian semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu kenyataan bersama mengenai keHARUSan penggunaan vaksin kepada bayi. Ini kerana imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio.
Namun, ada juga sesetengah golongan ibubapa yang menegah anak-anak mereka daripada menerima suntikan vaksin. Menerusi laman facebook, seorang pegawai perubatan Dr Mohd Syamirulah Rahim menceritakan pengalaman dan bahaya kanak-kanak tidak divaksin kepada kanak-kanak lain.

Sepasang ibubapa datang untuk mendapatkan pengesahan bahawa anak mereka divaksin untuk mendaftar di taska.



Taska berkenaan pernah terlibat kes penyebaran measles oleh bayi antivaks tahun lalu.


Menyemak bahagian imunisasi, pastikan setiap ruangan dilengkapi dengan butiran vaksin.


Beberapa kali jumpa kes penyakit berjangkit seperti measles ini.


Pilihlah taska yang mengenakan syarat anak-anak asuhan wajib divaksin.


Elakkan anak bergaul dengan anak-anak yang antivaksin untuk mengelakkan sebarang penyakit.


Jangan bersubahat dengan golongan antivaksin yang sedaya upaya memalsukan dokumen untuk kepentingan sendiri.

Tambahan lagi, doktor ini memang sedang giat melawan golongan antivaksin ini di laman sosial media. Korang boleh baca banyak lagi penerangan lanjut mengenai vaksin ini di laman facebooknya.
sumber : Mohd Syamirulah Rahim

Pecah patung dewa: Pengurusan kuil nafi tolak bantuan

Ipoh – Pengurusan sebuah kuil yang beberapa patung di rumah ibadat itu dipecahkan seorang lelaki pada Ahad lepas menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa ia menolak bantuan kerajaan negeri untuk membaik pulih kerosakan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sree Muneeswarar Amman A. Silvanathan berkata jawatankuasa tidak menolak bantuan RM30,000 itu.
Bantuan itu ditawarkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang melawat kuil itu pada Isnin lepas.

Pada sidang media semalam, Silvanathan berkata jawatankuasa menerima bantuan itu, tetapi bersyarat.
Beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan telus berhubung kejadian itu.
Seorang lelaki berumur 29 tahun dipercayai mengalami masalah mental telah memecahkan beberapa patung di kuil di Jalan Hospital itu pada kira-kira 5 petang dan kemudian melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus sebelum terbabas dan melanggar perhentian bas.
Polis menahan lelaki itu dan menghantarnya ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan perubatan. – Bernama

Dah Ada Isi Belum? – Wanita Ini Kongsi Perasaan Bila Sering Ditanya Tentang Mengandung Sedangkan..


Mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata pastinya anugerah tak ternilai buat pasangan suami isteri. Rezeki masing-masing, ada yang mengandung sebaik beberapa bulan selepas kahwin malah ada yang terpaksa menunggu lama.
Apa yang menyedihkan buat sesetengah pasangan bila sering diajukan pertanyaan seperti “dah ada isi ke belum?, dah mengandung?”. Pasti mengecewakan lagi-lagi buat mereka yang sudah berusaha sebaik mungkin.
Ikuti luahan wanita ini.

“Bila Allah nak kasi, Dia kasi lah”


The best part now is, bila ambik gambar, there’s no need to even try to kempiskan perut! Our first picture, Husband&I and our lil munchkin in the oven. I remember few months after we got married, orang asyik lah tanya “dah ada isi belum?” “Are u pregnant?” Especially when U get some marriage weight after. It was so stressful. At first I was just going with the flow coz I knew bila Allah nak kasi, dia kasi lah but when all these questions came especially from makcik2 kenduri, even some friends, daripada tak stress, relax je jadi stress gila.
I even started feeling like something was wrong with me. I now understood orang yang kahwin dah lama gila&tak dapat2 lagi rezeki anak felt like. I understood why they sometimes malas attend functions. Ada jugak bila I answered “No, not yet” they’d offer me sympathy when I really wasn’t asking for any ????

“Kita tahu apa yang dia rasa & lalui”

Have U ever thought that Ur questions&what U say could affect someone else? Daripada orang tu elok je okay, but because of Ur questions&what U say, it bothered them? Yes, it all started from You.
If that had never crossed Ur mind, start thinking about it before U ask questions yang tak patut ditanya. U dont know what they’re going through and their level of sensitivity. U dont know probably they’re trying their hardest but Allah hasn’t granted them yet. U just dont know.
Even soalan-soalan “Bila nak kahwin?”, U dont know what they feel every time U ask them that. Banyak lagi questions to ask. Start with “hows ur day?”, kan lebih elok.
Dont question other’s rezeki when it actually all comes down to Allah. It is from Him not something U could just click a button on. There’s no ‘Jodoh’ button or ‘Baby’ button.
And for those who are still waiting for anything at all, pekakkan telinga dengan soalan2 tak berfaedah ni. Allah ada. Allah grants the things U want at the perfect time. Have faith in him, He knows best

Tuesday, April 26, 2016

Subhanallah, Gadis Bidadari Turun di Sulawesi Tenggara, Ditemukan Nelayan

Dikabarkan gadis itu ditemukan oleh nelayan pada Selasa (19/4/2016).
Gadis itu ditemukan di tepi pantai dalam keadaan telanjang dan hanya ditutupi selendang transparan berwarna putih kapas dan sedang dalam keadaan menangis.

Saat ini gadis tersebut ditempatkan disalah satu rumah warga di Desa Kalupapi, Kecamatan Bakurun, Pulau Bokan, Kabupaten Banggai Laut.
Warga memiliki alasan menyebutnya sebagai bidadari, lantaran gadis itu benar-benar berbeda dengan gadis pada umumnya.

Alisnya merah dan mata bulat lentik, kulit putih bercahaya.
Kehebohan warga semakin menjadi, ketika penemuan gadis yang mirip boneka berbie itu terkuak di khalayak ramai.


Selain karena wajah dan kulit yang putih bersinar dan mata bulat sempurna.
Anehnya lagi gadis itu ditemukan nelayan setempat setelah mendengar suara jatuh dari langit.

“Didapati gadis itu menangis, tidak pakai apa-apa hanya selendang putih yang membalut badannya,” tutur Rano warga yang menamukan.
“Sekarang dia so (sudah) di rumah warga, dikasih baju juga jilbab,” kata Rano.
Sekalipun sebagian besar warga menganggap mustahil kejadian tersebut.
Namun, belum ada satupun yang berhasil membuktikan asal muasal gadis itu. (*)

(xoxo)

"Share Location" Punca Rumah Zaquan Adha Kena Rompak

Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Gara-gara rumah dipecah masuk, pemain bola sepak Malaysia , Zaquan Adha dan isteri seorang pelakon, Ayu Raudhah telah kerugian sebanyak RM200000. Menurut Zaquan, punca sebenar rumah mereka di rompak berpunca daripada beliau yang pernah kongsi lokasi rumah di applikasi Whatssap untuk mengumumkan majlis rumah terbuka yang akan diadakan oleh pasangan ini. Sejak daripasa itu, ramai orang orang yang tidak dikenali turut hadir ke majls rumah terbuka mereka.

" Ia bermula sewaktu kami mengadakan majlis rumah terbuka.  Seperti orang lain, kami pun share location rumah supaya tetamu senang sampai.  Tak sangka pula jadi viral sampai ada tetamu yang tak kenal pun datang.  Selain itu, rumah kami memang sudah ‘diperhatikan’.  Pengawal rumah ada, cuma mereka bertugas pada waktu malam sahaja"

Keseluruhan kerugian adalah termasuk 15 beg tangan berjenama Dior, Prada, Louis Vuitton milik Ayu Raudhah dan juga jam tangan mewah jenama Rolex milik Zaquan Adha dilaporkan hilang pada hari kejadian

Walau bagaimanapun, semoga dugaan yang berlaku ini menjadi iktibar buat Zaquan dan sekeluarga. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pengajaran buat semua, jangan sesekali mudah berkongsi maklumat peribadi anda di laman sosial. Ingat, ada yang memerhati anda

Dibayar Murah KRU: Ini Pendedahan Sebenar Caliph Buskers

Baru-baru ini terdapat gosip yang mengatakan pihak KRU Music memberi bayaran sedikit kepada kumpulan Caliph Buskers.
Ada yang membuat khabar angin bahawa Caliph Buskers melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan terbabit.

Vokalis Caliph Buskers, Azmi tampil memberi pendedahan hal sebenar:

“Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music. 
Tiada sebarang isu tidak puas hati berkaitan bayaran daripada pihak KRU Music pada setiap persembahan yang kami lakukan”
“Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama,” 
Jelasnya lagi, harga yang ditetapkan pada setiap persembahan yang ditawarkan adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Nampaknya isu ini tidak benar sama sekali, mungkin ianya adalah fitnah untuk melaga-lagakan kedua-dua belah pihak.

Sumber: mStar

Monday, April 25, 2016

Ceraikan Isteri Sebab Tak Jaga Agama, Bangun Lambat & Kuat Melawan.. Ini Jawapan Ustaz Untuk Lelaki Itu.. Deep!


Sesungguhnya bila pasangan ingin mendirikan rumah tangga, mereka sebenarnya berdepan tanggungjawab yang lebih besar. Si suami harus mencari duit siang malam untuk menyara kehidupan keluarga, manakala si isteri pula membanting tulang di rumah serta bertarung nyawa ketika mengandungkan cahaya mata.
Bukan itu sahaja, malah masing-masing harus saling memahami dan hormat-menghormati. Selain itu, si suami haruslah membentuk isteri supaya jadi insan yang lebih baik. Pada satu hari, penceramah ni disapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu berkata bahawa dia telah bercerai kerana banyak kekurangan dalam isterinya.. Dan ini jawapan ustaz tu..

Ceraikan isteri sebab..

‘Wanita ni jika berpisah orang selalu salahkan mereka..’



Kena selalu muhasabah diri dalam perkahwinan..


Ini jalan penyelesaiannya..


Zizan Razak Nafi Kedai Serbaneka Miliknya Gulung Tikar

Pelakon dan pengacara Zizan Razak menafikan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart gulung tikar.
Pemilik nama penuh Mohd Razizan Razak, 32, menjelaskan yang Zizan Mart hanya ditutup buat sementara waktu.
"Jika ada yang cakap Zizan Mart terus tutup, perkara itu tidak benar sama sekali. Penutupan kedai serbaneka Zizan Mart hanyalah bersifat sementara sahaja," kata Zizan kepada Astro Gempak.
Zizan Mart terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Kedai serbaneka itu mula beroperasi pada 18 Ogos 2015 dan dirasmikan oleh Zizan bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Abdul Fattah Mahmood.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo ini enggan mendedahkan punca penutupan sementara kedai serbaneka Zizan Mart.
"Saya memohon maaf kerana saya tidak boleh mendedahkan faktor Zizan Mart ditutup buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
"Saya baru sahaja pulang dari Thailand untuk menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 dan saya akan berjumpa pihak pengurusan Zizan Mart untuk menyelesaikan isu yang timbul dalam kadar segera," katanya yang ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) semalam.
Zizan bakal mengendalikan ABPBH 29 selaku peneraju acara. Selain Zizan, pelakon filem Abang Long Fadil itu akan bergandingan bersama AG, Haiza dan Mira Filzah.
Majlis anugerah tersebut bakal berlangsung pada Ahad, 8 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jual Pisang Je Pun, Tapi Untung Cecah RM400 Ribu Setahun


Jual pisang je pun boleh kaut keuntungan sehingga $100,000 (390,580) setahun. Power tak?
Tapi ni bukan sebarangan pisang. Pisang ni special sikit, ada janggut dan cermin mata gelap. Kesemua jenis pisang ini dijual dengan harga $10 (RM39) sebiji.
Davonte Wilson dari Plano, Texas merupakan pengasas bagi syarikat Bananas Gone Wild  telah mendapat idea untuk menjual pisang jenis ini ketika dia bekerja di sebuah hospital tempatan sebagai seorang juruteknik elektrokardiograf.
Dengan kemahiran melukis corak muka di bahagian kulit pisang ini menjadikan Wilson dikenali ramai.
“Ada rakan yang mentertawakan hobi saya, tetapi kini saya mahu menjana pendapatan daripada penjualan pisang berhias.
Pedulilah orang nak kata apa sekalipun, janji boleh buat duit.



“Anak Kau Sakit Jangan Libatkan Aku!” – Dimaki ‘Sahabat’ Kerana Tagih Hutang Sendiri Untuk Kos Perubatan Anak


Sesetengah orang, waktu nak pinjam duit ayat bukan main baik dan manis. Tapi masa nak membayar cukup liat sampai orang yang bagi pinjam pulak yang terpaksa menagih hutang sendiri.
Kisahnya anak wanita ini menderitai beberapa penyakit kronik. Saat sangat memerlukan wang untuk menampung kos perubatan anaknya, dia meminta sahabatnya membayar kembali duit yang dipinjam. Ibarat susu dibalas tuba, jawapan yang diberi oleh si ‘sahabat’ memang boleh dikatakan keterlaluan!

“Cuma Nak Minta Balik Hak Saya”


“Anak Kau Sakit Jangan Nak Babitkan Aku!”


Luahan Sedih Si Ibu Selepas Itu…

Awak cakap takde duit ..
Tapi boleh pergi melancong kat Thailand.. Bila saya mintak dan tuntut hak saya… Awak cakap apa?? Awak nak tunggu anak saya nazak sekali lagi baru awak nak bayar hutang-hutang saya ? Awak seseolah mendoakan…

Takpe lah…
Anggaplah kita tak pernah kenal…
Awak bukan kawan saya lagi…
Saya berlembut, saya mengalah tapi awak maki-maki , caci-caci saya alasan sebab serabut saya duk call or Whatssup awak… Mungkin nak kena melutut baru dapat hak saya balik.

“Tataplah Gambar Anak Saya…”


Awak ingat ye… Saya tak pernah halal walaupun satu sen, harini awak buat saya, kifarah itu pasti ???????? Awak buat saya. Saat anak saya diuji. Awak block whatssup saya tapi awak masih friend Di Fb saya, saya harap awak baca…

Terima kasih diatas cacian tu …
Tataplah gambar anak saya … Semoga Allah bukak pintu hati awak wahai insan yang pernah bernama ‘Sahabat’

“Hentikanlah Tangisan Seorang Ibu Ini…”


Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul…



[Video] Reaksi Jimmy Kimmel Ketika Makan Durian

Artis jemputan Jessica Chastain telah membawa durian ke set Jimmy Kimmel Live. Di sana Jessica telah mengajar Jimmy cara untuk menjamah buah durian tersebut. Anda lihat sendiri lah bagaimana reaksi Jimmy Kimmel selepas Jessica menyuapkan durian tersebut ke mulutnya.
Ni makan durian je kot, siap pakai sarung tangan bagai. Kihkih! Meh tengok video ni:


Macam tu je dia kerat durian tu. Hehe!




Ayda Jebat Kini Dengan Radin ERA fm?

 Oleh Feyra Nasrom Sumber BH

Desas desus mengatakan Ayda Jebat kini rapat dengan penyampai radio ERA, iaitu Radin? Menerusi salah sebuah program hiburan di Malaysia, Ayda Jebat  mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seseorang. Latar belakang lelaki bertuah itu merupakan seorang penyampai radio. Tambahan, hubungan Ayda dan Radin juga kelihatan mesra dan seolah-olah bukan sekadar kawan. Walau bagaimanapun, Radin menafikan gossip tersebut dan hubungan bersama Ayda Jebat sekara teman biasa.
 
"Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami.
Radin akui dia selesa berkawan dengan Ayda disebabkan sikap Ayda yang periang dan ceria. Walaupun beberapa keping foto berdua sering dilihat menerusi akaun instagram Radin, namun ianya tidak mempunyai maksud apa-apa.

Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri.”

Apa pula kata Ayda Jebat? Buat masa sekarang, Ayda masih belum tampil memberi penjelasan. Jika benar mereka berdua sedang dalam proses mengenali hadi budi masing-masing, apa salahnya ya tak? Mana lah tahu, mungkin jodoh? elok lah tu, Radin single, Ayda jebat pun single. Tak salah kalau bercinta.  hehe

Sunday, April 24, 2016

Janna Luah Di Twitter, Dah Letih Nak ‘Gaduh’ Dengan Ruhainies

COPY FROM "MYNEWSHUB"


SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak diva dan bertindak menghasut Micheal Ang untuk menukar Ruhainies yang sepatutnya menjadi peneraju utama dalam filem terbaharunya bertajuk Kimchi Untuk Awak.


Walau bagaimanapun, Janna Nick Tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui ada pihak yang cuba memburukkan nama dan imejnya dalam dunia hiburan.
Susulan itu, Ruhainies mengakui tidak mahu membesarkan perselisihan faham yang berlaku antara dia dan Janna kerana kehadirannya dalam dunia hiburan adalah untuk bekerja.
“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki,” demikian menurutnya.
Tambah Ruhainies, dia tidak mahu pergaduhannya dengan Janna jadi lebih teruk kerana yakin satu hari nanti akan digandingkan bersama Janna di bawah satu produksi yang sama.
Selain itu, Ruhainies memberitahu akan mendedahkan mesej peribadi yang dihantar oleh Janna kepadanya bila tiba masa yang sesuai.

Janna Nick Tak Matang, Ruhainies ‘Simpan’ Dahulu Mesej Diterimanya

SEBELUM ini, timbul gosip menyatakan Janna Nick telah menghasut pengarah Michael Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai watak utama dalam filem terbaharunya, Kimchi Untuk Awak.

Walaupun Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri selepas membuat kenyataan terbuka sudah memaafkan Janna, dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang.

“Saya tidak mahu mempunyai salah faham atau pergaduhan antara kami, jadi saya memilih untuk berdamai. Industri ini kecil, tidak mustahil kami akan digandingkan dalam produksi yang lain nanti.
“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki.
“Saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna memuat naik video di laman Instagram untuk menghina dan memburukkan nama saya. Michael Ang dan pelakon pengganti untuk saya dalam filem itu tahu kebenaran yang sebenar.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak membuat apa-apa serangan balas kepada Janna kerana tidak mahu mengikut emosi. Tetapi bila tiba masanya nanti, saya akan mengemukakan mesej yang dihantar oleh Janna kepada saya,” katanya. – 


Melihat kepada tindakan Ruhainies yang memberi hint akan mendedahkan mesej yang dihantar oleh Janna kepadanya, Janna telah meluahkan perasaan di akaun twitter dengan menyatakan dia tidak berminat untuk terjebak dalam pergaduhan tersebut kerana sudah letih.
Nampak macam Janna sudah takut kantoi kerana Ruhainies ada bukti terhadap apa yang didakwanya.
Tweet yang ditulis oleh Janna itu bagaimanapun mendapat perhatian dari pengikutnya di twitter dan rata-rata memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka itu.
Bagaimanapun, rasanya baik Ruhainies mahupun Janna nampak je cam ‘acah-acah’ tak nak panjangkan isu tapi kesudahannya ada sahaja komen atau kenyataan dikeluarkan sekaligus tak membantu meredakan isu antara kedua mereka, betul tak? –